Sunday, February 8, 2009

Pengorbanan dan kesyukuran

Hanya satu kisah…
Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.


Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.


Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,
"Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.
Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"


Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,
"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.
Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.


Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran.. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang…!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik.
Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku
memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. .


"Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen..
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"


Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,
"Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,
"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak… Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.


"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya.
"Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar "
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..

Time kecik2 lu...

budak2 yg lahir pd thn 80an mesti ingat
> mase skola rendah dulu:
>
> - kat skola ade salesman jual buku
> cerita. ari ni bg list, esok mintak duit
> beli walaupun cerita buku tu dah tau.
> salesman susu pon camtu gak.
>
> - kat library, budak2 mmg baca buku tp
> just tengok gamba je. bile ade program
> Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
>
> - RMT kat skola mkn x best, tp yg
> berduit pon join RMT, x phm....
>
> - pakai pensel box yg bole bukak dpn
> blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
>
> - main lwn pemadam, syg nak guna utk
> padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
>
> - pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
> ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
>
> - cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade
> pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
> pgg pon kat situ.
>
> - bulu ayam jd ramping krn sering
> dijadikan rotan.
>
> - time pendidikan seni, lukis sume boleh
> tp bile time kaler sume hampeh. ade gak
> buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
> la, ape la...
>
> - main game 2D. super contra, super
> mario, street fighter, sume pakai tape.
>
> - jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole
> tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
>
> - takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
>
> - balik skola beli JoJo xpon Dendang.
> Tora pon best gak. Beli se mata2 nak
> mainan, coklat die x mkn pon.
>
> - Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die
> kat tV bole tembak alien tu...
>
> - Siri kartun; power rangers, ultraman,
> transformers, ninja turtles,
> Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.
>
> jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x
> smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa
> berubah, cume asal-usul kite yg
> permanent. huhu~
>
> pas r kt member2 korang....
> mesti diorg tersengeh2 bace mende nih...
> hehehee..

Monday, February 2, 2009

2 FEB 2009

Banyaknya assignment nak kena buat???..tak pe..ada masa lagi.So,petang nie rileks jap..Waktu aku main tenet,aku terbaca tentang page fs membe aku..Tersentuh hati aku bila baca pasal diri die.Sangat menjaga hubungan antara laki dan wanita.Malu terhadap wanita pada dirinya sebagai benteng untuk dia menjauhkan diri dari perkara lagha(kapel).Sebab malu gak dia hormat wanita kerana wanita hiasan dunia..Tapi kenapa wanita sering menghancurkan permata yang paling berharga dalam diri mereka dengan izin dan keinginan mereka sendiri??Hanya mereka(wanita) yang tahu jawapannya.
Bukan semua begitu..masih menjaga harta berharga mereka..Teruskan menjaga demi maruah dan harga dirimu...

Satu lagi yang menarik aku terbaca dalam message yang membe aku bagi..Aneh ya, ketika seseorang yang kita sayangi memanggil kita,serta-merta kita datang untuk penuhi panggilannya... Tapi ketika ALLAH memanggil kita (azan), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya masih panjang.Tersentak aku dari khayalan maya yang menguasai aku..dh malam..time tok stadi..message-off..

Sunday, February 1, 2009

Luahan Hati Wanita Yang Kecewa

lelaki memang susah untuk dibuat bahagia:
Masalah-masalah yang timbul pada leleki,
Jika kamu memperlakukannya dengan baik,
dia pikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dibilang sombong.
Jika kamu berpakaian bagus, dia pikir kamu sedang mencuba untuk menggodanya, jika tidak dia bilang kamu kekampungan.
Jika kamu berdebat dengannya, dia bilang kamu keras kepala,jika kamu tetap diam, dia bilang kamu nggak punya otak.
Jika kamu lebih pintar dari pada dia, dia akan kehilangan muka,jika dia yang lebih pintar, dia hebat.
Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan mencuba mendapatkanmu, jika kamu mencintainya, dia akan mencuba untuk meninggalkanmu.
Jika kamu beritahu dia masalah mu,
dia bilang kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia bilang kamu tidak mempercayai mereka.
Jika kamu cerewet pada dia,
kamu seperti seorang pengasuh baginya,
tapi jika dia yang cerewet pada kamu,
itu kerna dia perhatian.
jika kamu langgar janji kamu,
kamu tidak bisa dipercaya,
jika dia yang ingkari janjinya,
dia melakukannya kerna terpaksa.
Jika kamu merokok, kamu adalah pmpuan liar,
kalau dia yang merokok , dia adalah seorang gentleman.
Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam,
tapi kalau dia yang menyakitimu, itu kerna kamu terlalu sensitif dan terlalu sulit untuk dibuat bahagia!!!!!
Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki2,
mereka pasti bersumpah kalau ini tidak benar,
tapi jika kamu tidak mengirimkan ini pada mereka,
mereka akan bilang kamu egois.

Ahmadinajed keturunan Yahudi???

Siapa tidak kenal Ahmadinejad ‘musuh’ utama mantan Presiden Bush yang lantang dan menarik minat Yahudi sehingga akhbar itu turut berkempen untuk beliau bagi kempen pilihanraya presiden Iran dalam masa lima bulan mendatang.
Manusia yang terkenal dengan cadangan bersifat retorik untuk menghapuskan Israel dari peta dunia bernama Ahmadinejad ini dari datang kelompok bergaris keras - hardliners, menerima tamparan hebat dengan pendedahan dari anak ulama’ syiah dari kumpulan sederhana - konservatif, Dr. Mahdi Khazali yang menulis artikel tentang peranan Yahudi dalam kerajaan Iran. Dr. Khazali mendedahkan Ahmadinejad nama sebenarnya ialah Saburjian berasal keturunan Yahudi dari wilayah Aradan.

Peperangan antara kumpulan konservatif yang akan menonjolkan bekas Presiden Mohamed Khatami sebagai calonnya dengan kelompok bergaris keras kembali sengit khusus menghadapi pilihanraya nanti.

Rupanya ramai kalangan Syiah ni berasal dari Yahudi bermula dari senarai perawi mereka yang mengelilingi Imam-Imam Ahli Bayt, termasuk dakwaan wikipedia bahawa pengarang Bihar al-Anwar - Mula Baqir al-Majlisi berasal dari Yahudi, Nuri al-Maliki pemerintah Iraq terkini dan terbaru Mahmud Saborjian Ahmadinejad berasal dari keluarga Yahudi.

tenteradajjal.blogspot.com

Berikut link-link sumber :

http://www.drkhazali.com/articles-and-mails/397-1387-11-06-07-27-46.html
http://www.guardian.co.uk/world/2005/jul/02/iran.roberttait
http://www.rferl.org/content/Were_Ahmadinejads_Ancestors_Jews_/1375318.html
http://www.israelnationalnews.com/News/News.aspx/129649
http://tenteradajjal.blogspot.com/2009/01/berita-paling-sensasi-januari-2009.html
sila buka mata anda yang telah dikaburi oleh propaganda syiah..lebih2 lagi negara IRAN..di antara pihak syiah tengah bertelagah..Allah Maha Adil..kebenaran akan menang…iaitu kebenaran Ahlul Sunnah Wa Jama’ah.