Monday, September 22, 2008

Renungan....

Kata Kumail, "Saya bersama-sama Ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu hari. Dia telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat di situ sambil berkata, "Ya ahli-ahli kubur ! Wahai kamu yang telah menghuni di tempat sunyi ini ! Bagaimanakah keadaan kamu di dunia sana ?Setahu kami segala harta peninggalan kamu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telah menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telahpun berkahwin semula. Sekarang ceritakan sedikit perihal diri kamu."


Kemudian sambil menoleh kepada saya, dia berkata, "Ya Kumail! Seandainya mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan sebaik-baik bekalan ialah taqwa." Airmata berhamburan dari kedua-dua belah matanya. Katanya lagi, "Ya Kumail, perkuburan merupakan tempat menyimpan segala perbuatan manusia. Tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya."
Mengikut sebuah hadith tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya yang baik. Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabat dan penawar hatinya. Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang yang hodoh yang mengeluarkan bau yang busuk dan yang menambahkan kesengsaraannya. Nabi s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadith, "Hanya tiga benda sahaja yang mengikuti seseorang ke kuburnya; harta-bendanya, kaum kerabatnya dan amal perbuatannya. Harta benda dan akrib kerabatnya akan kembali selepas upacara pengkebumiannya. Yang tinggal bersama-samanya hanyalah amalannya sahaja."


Pada suatu hari Nabi s.a.w telah bertanya kepada para sahabatnya, "Tahukah kamu tentang perhubunganmu dengan saudara-maramu, kekayaan dan amal perbuatanmu ?"
Sahabat-sahabat semua ingin mendengar penjelasan baginda. Nabi pun berkata, "Perhubungan itu bolehlah diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia dengan tiga orang adik-beradiknya. Apbila manusia hampir-hampir hendak mati dia pun memanggil salah seorang daripada saudara-saudaranya tadi lalu berkata, "Saudara, engkau tahu keadaan aku bukan ? Apakah pertolongan yang dapat engkau berikan aku ?" Saudaranya menjawab, "Aku akan memanggil doktor untuk merawati kamu dan aku akanmenjaga kamu. Kalau engkau mati, aku akan mandikan kamu, mengkafankan kamu serta mengusung jenazahmu ke perkuburan. Kemudian aku akan mendoakan kamu. Saudaranya ini ialah kaum kerabatnya. Soalan yang sama dikemukakan kepada saudaranya yang kedua. Jawapannya begini, "Aku akan berada bersama-sama dengan engkau selama engkau masih bernyawa. Sebaik-baik sahaja engkau meninggal, aku akan pergi kepada orang lain." Saudaranya yang kedua ini ialah harta kekayaannya. Apabila soalan itu dihadapkan kepada saudaranya yang ketiga, dia menjawab, "Aku tidak akan meninggalkan kamu walaupun di dalam kubur. Aku akan bersama-sama kamu ke tempat itu. Ketika amal perbuatanmu dipertimbangkan, aku akan memberatkan perbuatanmu yang baik." Saudara yang terakhir ini ialah kebaktian yang telah diperbuatkan. Sekarang yang mana satu yang menjadi pilihanmu ?" Jawab para sahabat, "Ya Rasulullah tidak syak lagi yang saudaranya yang terakhir ialah yang paling berguna untuk dirinya."

Friday, September 12, 2008

Pedoman hidup

Sesiapa yang tidak sanggup mengerjakan lapan, maka hendaklah ia berbuat lapan macam untuk mencapai pahala yang lapan, iaitu:

1.Sesiapa yang inginkan pahala solat malam sedangkan dia tertidur, maka janganlah berbuat maksiat pada siang hari.

2.Sesiapa yang inginkan pahala orang berpuasa sunat padahal ia tidak berpuasa, maka hendaklah ia menjaga lidahnya.

3. Sesiapa yang inginkan kelebihan ulama, maka hendaklah ia suka berfikir.

4. Sesiapa yang ingin mendapatkan kelebihan pahala orang berjihad, sedangkan ia duduk di dalam rumahnya, maka hendaklah ia melawan syaitan(nafsu).

5. Sesiapa yang ingin mendapat pahala sedekah, maka hendaklah ia mengajar kepada orang lain apa yang telah ia dengar dari ilmu agama.

6. Sesiapa yang ingin mendapat pahala haji sedangkan ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia sentiasa bersembahyang jemaah.

7. Sesiapa yang ingin mencapai fadhilat orang ahli ibadat, maka hendaklah ia memperbaiki persengketaan orang dan jangan menimbulkan sengketa di antara mereka.

8. Sesiapa yang ingin mencapai pahala orang-orang abdaal, maka hendaklah menekan dadanya dan redha untuk kawannya apa yang ia redha untuk dirinya sendiri.


Tips untuk sihat tubuh badan

Rasulullah bersabda :
"Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim)

Bagaimana untuk sihat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut :


1. SELALU BANGUN SEBELUM SHUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum shubuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat shubuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara shubuh yg bagus/ kesihatan/ terapi penyakit TBC
- Memperkuat pikiran dan menyuhatkan perasaan


2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasul selalu senantiasa rapi & bersih, tiap hari khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyakwangi.


3. TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasul :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)"
(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara,
sepertiga untuk air dan
sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dg adanya Puasa Ramadhan untukmenyeimbangkan kesihatan.


4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan
lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung


5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi
oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati


6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa. Sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.


7. TAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga hati & kesihatan jiwa, menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.